Aktiviti penerbitan Universiti Malaysia Kelantan bermula pada tahun 2009 di bawah penguasaan Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu UMK. Dahulunya aktiviti penerbitan ini  diuruskan oleh seorang kakitangan perpustakaan. Pada tahun 2013 unit Penerbitan dikemaskan lagi dengan menubuhkan Unit Penerbitan & Harta Intelek yang masih di bawah pengawasan pejabat perpustakaan. Semua dasar dan peraturan Penerbit Universiti Malaysia Kelantan  ditentukan oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti (JPU) yang merupakan sebuah Jawatankuasa Tetap Senat Universiti. JPU bertanggungjawab mempertimbangkan permohonan untuk menerbitkan buku yang diterima daripada pengarang dan pusat-pusat pengajian. Manakala, semua aktiviti penerbitan buku ini dibiayai daripada peruntukan tahunan Universiti.

Pada masa kini, Unit Penerbitan diuruskan oleh seorang Pustakawan Kanan dengan dibantu oleh Penolong Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan. Penerbit UMK bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Penerbitan Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Inovasi dan Penyelidikan).Jawatankuasa ini berperanan sebagai pengubal utama dasar - dasar penerbitan serta bertangungjawab untuk meluluskan pembayaran royalti kepada penulis.

Selaras dengan perkembangan penerbit UMK, Penerbit menyediakan sebuah tempat bagi menyenangkan pembeli mendapatkan buku keluran Penerbit UMK dan buku terbitan penerbit daripada IPTA yang lain. Tempat tersebut dinamakan Pusat Media dan Pengurusan Ilmu yang bertempat berhampiran dengan pintu masuk UMK.